Artikel, Petua, Berita, Diari, Kraf Makanan dsb

Babai Tok..!!!

Alhamdulillah, bila Mama dah keluar Hospital, terasa lega sikit.. Tok pun tak sabar dah nak balik Perlis. Lagipun hari Sabtu nih (6 Mac 2010), adik ipar nak kahwin.. tu yang Tok kalut sikit tuh.. maklumlah, takda sapa kat rumah sana yang nak uruskan.. Kitorang tak dapat nak balik kampung sebab Doktor dah bagi MC kat Mama suruh rehat kat rumah, Lagipun semalam Tisya demam lagi.. Tapi setakat nih, takde masalah lagi la..

Ok Tok, terima kasih banyak-banyak sebab jaga Tisya ngan Hakim masa Mama masuk Hospital haritu.. nanti ada masa kitorang balik yer...

Sebelum Tok Balik, Abah ngan Mama bawak jalan-jalan pegi Jusco Bukit Indah.. taktau nak bawak pegi mana.. nak pegi jalan kat luar, sekarang nih musim panas, jadi tempat ader air cond jer la pilihan kami.. nih Tisya ader bubuh gambar sikit untuk kenangan..



Dari kiri : Tok (Mak), Mama, Hakim (Dalam Kereta Sorong),Pak Lang, Pak Su.. Tisya kat mana? Haha.. macam biasa.. kat dalam FunLand tu la


Alamak, jom balik... pukul 9.30 malam nih, Tok nak naik bas kat Larkin.. Tok nak balik Perlis dah.. hehehe. Mak nih cukup takut kalau terlepas bas, maklumlah dah banyak kali pengalaman tertinggal bas... yang paling tak boleh lupa masa kami dok di Kuala Selangor, Mak datang rumah dan bila nak balik, jalan pulak jem sampai terlepas bas kat Klang, terpaksa Abah kejar bas tuh sampai kat Shah Alam.. hahaha

0900 malam - Kami dah ada kat Terminal bas Larkin, jenuh Abah dok kepung Tisya, sebab dia tak pernah naik bas, dok asyik merengek jer suruh Abah bawak dia naik bas tuh.. takpe la, ikutkan ajer.. jom kita tengok gelagat Tisya yang sempat Abah amik gambarnya...






Mama Masuk Pakar Puteri... ( Akhir )

28 Februari - Alhamdulillah, pada 28 Feb aritu, Mama dah boleh keluar dari Hospital.. lega sikit rasanya. Apapun terima kasih sekali lagi kepada Doktor dan Staf di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Kat sini jugak Abah nak bubuh gambar kenangan Mama masa kat Hospital, gambar Tok Tisya ngan Hakim masa pergi jalan-jalan...



Gambar Tisya selepas keluar dari Hospital aritu... ( Tak betul-betul sihat lagi tuh.. mata pun kuyu lagi tuh..)



Kat Jusco Tebrau City


Tisya & Hakim Masa Teman Mama Kat Hospital








Buah Tangan Untuk Mama..... DripCian Mama..........


Licin!! Selepas 3 Hari tak boleh Makan dan Minum.. Hahahaha




Sayang adik...


Eh.. Paksu pun ader skali?

Petua Untuk Bayi

Buang Kerak Di Rambut Bayi

Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam

Lebatkan Rambut Bayi

Untuk melebatkan rambut bayi, ambil daun rambutan jantan yang tidak berbuah atau daunnya yang berwarna merah. Campurkan daun bersama air dan embunkan semalaman. Keesokan harinya sapukan air tersebut pada kepala bayi. Jika diamalkan hasilnya pasti memuaskan.

Kulit Bayi Sentiasa Halus

Sejak dari bayi lagi sapukan bedak sejukdiseluruh tubuh bayi sebelum memandikannya. Selepas 15 minit, mandikan bayi seperti biasa. Jika dilakukan setiap hari, kulit bayi akan sentiasa lembut dan halus. Malah bayi tidak mudah mendapat ruam.

Melentikkan Bulu Mata Bayi

Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.

Mencantikkan Kulit Janin

Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin.

Bubur Nasi Untuk Anak 1-3 Tahun

Bahan-bahan ( 1 org makan )

  • 1 mangkuk nasi
  • 1 cwn air suam
  • 2 biji bawang putih
  • 1.5 cm halia
  • ayam atau kentang dipotong dadu (direbus dahulu beberapa minit)
  • ikan bilis goreng
  • daun sup
  • bawang goreng
  • garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara

  1. nasi dan air dimasukkan dalam blender dan blend. blend jgn terlalu hancur jgn terlalu kasar. biar yg sedang2 jer rupanya..
  2. halia dan bawang putih ditumbuk lumat dan tumis hingga naik bau.
  3. masukkan ayam atau kentang atau boleh digunakan kedua-duanya sekali. kacau rata.
  4. kemudian masukkan nasi yg telah diblend dgn air. dlm gambar saya tu terkurang air. jd, kalau terkurang air boleh la ditambah air lagi. airnya boleh diadjust ikut kehendak hati masing2. kalau nak bubur tu pekat, kurangkan air, kalau nak bubur tu berkuah atau berair tambah la air ikut kehendak hati.
  5. masukkan garam dan lada sulah secukup rasa dan bubur dah pun siap.
  6. untuk menghidang, taburkan ikan bilis, daun sup dan bawang goreng utk rasa yg lebih enak.

Lagi Kes Bayi Didera

PETALING JAYA: Alasan seorang lelaki kononnya anak jirannya tercekik dan menjadi lemah kerana memakan gula-gula yang diberinya gagal menutup perbuatan kejamnya yang disyaki mendera kanak-kanak berusia 18 bulan itu sehingga menemui ajal.

Lelaki berusia 33 tahun terbabit memberitahu doktor anak jirannya itu tidak sedarkan diri selepas memakan gula-gula berkenaan, menyebabkan dia segera membawa mangsa ke klinik berhampiran untuk rawatan sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Alasan itu, bagaimanapun menimbulkan keraguan apabila mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di PPUM kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin dan pemeriksaan mendapati ada kesan lebam pada seluruh tubuh dipercayai luka akibat dipukul. Doktor yang mengesyaki wujud unsur jenayah yang menyebabkan kematian kanak-kanak berkenaan, K Hareswara segera membuat laporan polis.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata laporan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat tulang rusuknya retak manakala hatinya pecah selain banyak kesan lebam pada seluruh badan.

Belum pun selesai kes Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, yang mati ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya, minggu lalu, seorang lagi kanak-kanak berusia 18 bulan pula menjadi korban terbaru kes penderaan. Abah pun heran la.. Abah perasan jugak yang bende-bende macam nih seolah-olah bermusim.. dulu kita tengok kes buang bayi yang mana tiap-tiap hari ada kes bayi kena buang... entahlah.. kesian kat budak-budak nih...apa-apapun, Lu Pikir La Sendri..

Sandwich Berkeju BBQ


BAHAN-BAHAN:
6 keping roti
3 keping keju perisa bbq | boleh didapati di pasaran
3 biji telur
½ sudu teh serbuk lada putih
Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Kepitkan dua keping roti dengan selapis keju di bahagian tengahnya.
2. Kemudian pecahkan telur dan pukul bersama sedikit garam dan juga serbuk lada putih.
3. Dengan menggunakan pengepit, celup roti ke dalam telur.
4. Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kekuningan dan angkat.

Anak demam, apa yang papa boleh lakukan?

Kanak-kanak di bawah umur lima tahun kerap demam kerana daya tahan melawan penyakit mereka masih rendah. Jadi, apakah yang boleh anda sebagai papa lakukan untuk membantu anak yang demam?

Suhu badan kanak-kanak boleh meningkat dan menurun dengan begitu cepat. Lazimnya, suhu badan normal bagi kanak-kanak adalah antara 37°C.

Tanda-tanda demam yang perlu diketahui oleh papa ialah:
•Anak mengadu tidak sihat.
•Anak kelihatan pucat dan berasa sejuk.
•Tubuhnya kelihatan menggeletar.
•Kulit anak kelihatan kemerah-merahan.
•Dahi dan lehernya terasa panas.

Jika suhu anak meningkat melebihi 38°C, anda boleh memberi dia ubat parasetamol dalam bentuk cecair mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor. Selain itu, anda juga perlu pastikan suhu bilik tidak terlalu panas atau sejuk. Tanggalkan pakaian anak dan beri dia minum banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Sejukkan badan anak dengan menggunakan tuala basah.

Untuk pengetahuan anda, apabila suhu badan anak meningkat lebih tinggi dia berpotensi untuk mengalami kekejangan. Kekejangan boleh menyebabkan anak tidak sedarkan diri dan menggigil tanpa kawalan. Jika hal ini berlaku, letakkan anak di atas lantai dan sentiasalah berada di sisinya. Lap seluruh badannya terutamanya pada bahagian kepala.

Selain mengalami kekejangan, ada juga kanak-kanak yang akan meracau-racau jika suhu badannya terlalu tinggi. Anda boleh melihat anak seolah-olah rasa takut, gelisah dan berkhayal. Sekiranya anak anda seperti ini, jangan risau. Berikan dia ubat dan biarkan dia tidur. Anak anda akan kembali seperti sedia kala selepas bangun kelak.

Lakukan sendiri
Jika anda mahu memeriksa sendiri suhu badan anak, gunakanlah termometer. Di pasaran kini, ada banyak jenis termometer. Antara yang ada ialah termometer raksa, termometer digital dan jalur penunjuk suhu. Setelah mengetahui yang anak anda demam, segeralah berikan dia ubat. Ada 4 cara untuk memberi anak makan ubat.

1.Menggunakan sudu
Papa perlu berhati-hati jika memberi anak makan ubat dengan menggunakan sudu. Jangan terlebih dos.

2.Menggunakan alat penitis
Memberi anak ubat menggunakan alat penitis lebih mudah kerana tidak tumpah. Anda hanya perlu menyukat ubat mengikut dos yang betul dan masukkan ke dalam mulut anak. Picit hujungnya untuk mengeluarkan ubat tersebut.

3.Menggunakan picagari khas
Masukkan hujung picagari ke dalam botol ubat dan sedut ubat mengikut dos yang ditetapkan. Kemudian, masukkan pula hujung picagari itu ke dalam mulut anak dan tekan tombol picagari untuk mengeluarkan ubat.

4.Menggunakan hujung jari
Sekiranya cara-cara yang telah disebutkan tadi masih kurang berkesan, gunakanlah jari anda. Bersihkan jari anda terlebih dahulu dan celup ke dalam bekas yang mengandungi ubat mengikut dos yang telah ditetapkan. Biarkan anak menjilat jari anda. Ulangi cara ini sehingga ubat habis.

Memberi anak sakit makan
Anak yang demam akan hilang selera makannya. Jangan risau. Berikan anak minum banyak air. Anda juga digalakkan memberi anak makan bubur yang mengandungi pelbagai makanan yang berkhasiat seperti ayam, ikan dan sayur.

9 rahsia tidur si manja

Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata.

Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia. Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya.

1. Wudhu
Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan.

2. Berdoa
Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara surah-surahnya ialah Al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas, Al-Falaq dan lain-lain. Selain itu ajar dia membaca doa sebelum tidur. Tujuan utama amalan penting sebegini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.

3. Baca buku
Mengikut ramai pakar motivasi, masa tidur adalah waktu yang paling untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan membacakan buku-buku cerita teladan. Daripada situ, gunakan kreativiti tersendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia dapat dijadikan tonggak hidup si kecil.

4. Bisikkan doa
Ibu bapa digalakkan untuk berdoa ketika anak hampir melelapkan mata. Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini sebagai antara waktu-waktu doa mudah dimakbulkan. Sambil berdoa, usap ubun di kepala anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.

5. Ungkapkan sayang
Ketika anak dalam keadaan ?tidur-tidur ayam?, dengan sepenuh hati katakan anda sayang kepada si manja. Selain itu, luahkan apa sahaja pujian-pujian agar dia tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Ketika manusia dalam keadaan ?tidur-tidur ayam? otak kanan masih bekerja. Jadi, apa sahaja yang anda perkatakan, ia akan melekat di minda si cilik.

6. Posisi
Posisi tidur yang baik seperti saranan Rasulullah adalah tidur di sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan). Sementara itu, posisi yang paling perlu dihindari ialah tidur dalam keadaan meniarap.

7. Mohon maaf
Jika sebelum si kecil tidur, anda tanpa sengaja memarahinya, ambil peluang sebelum dia melelapkan mata untuk meminta maaf. Jadikan amalkan untuk kedua-dua pihak saling memohon maaf antara satu sama lain. Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu tersimpan di otak kiri dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.

8. Ciuman
Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena. Cara sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut membantu di tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa berada di sisinya.

9. Doa
Sesudah bangun tidur, si anak hendaklah diasuh untuk sentiasa membaca doa. Amalan ini dapat menyucikan hati daripada sifat-sifat yang negatif. Malah, dengan cara sedemikian, ia dapat membersihkan hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik.

Jom Kenal-kenal

Hi... Saya Batrisyia tisyaframe Hi... Saya Hakim hakimframe

Kategori

Jeritt..!!!!!

Iklan..iklan

Followers

AbahTisya on YM