Artikel, Petua, Berita, Diari, Kraf Makanan dsb

Perhatian


Makluman.........

Bermula 18 April 2010 , Blog akan dipindahkan pada alamat baru iaitu http://batrisyiahakim.blogspot.com atas sebab-sebab tertentu. Blog masih lagi dalam proses penambahbaikan dan penambahan artikel...

Terima Kasih

Selamat Jumpa Kembali....

Assalamualaikum...

Kabare semua... mintak mahap banyak-banyak sebab lama sungguh tak update blog nih.. bukan apa... Abah lupa password ngan username untuk blogger nih... aduihhh... maklumlah... dah tua-tua nih.... sekali pikir punya pikir, terpecah jugak code blogger nih ...ekekeke... apa-apa pun, username ngan password dah dapat balik.. boleh lah nak start blogging balik.... ekekekke...

Babai Tok..!!!

Alhamdulillah, bila Mama dah keluar Hospital, terasa lega sikit.. Tok pun tak sabar dah nak balik Perlis. Lagipun hari Sabtu nih (6 Mac 2010), adik ipar nak kahwin.. tu yang Tok kalut sikit tuh.. maklumlah, takda sapa kat rumah sana yang nak uruskan.. Kitorang tak dapat nak balik kampung sebab Doktor dah bagi MC kat Mama suruh rehat kat rumah, Lagipun semalam Tisya demam lagi.. Tapi setakat nih, takde masalah lagi la..

Ok Tok, terima kasih banyak-banyak sebab jaga Tisya ngan Hakim masa Mama masuk Hospital haritu.. nanti ada masa kitorang balik yer...

Sebelum Tok Balik, Abah ngan Mama bawak jalan-jalan pegi Jusco Bukit Indah.. taktau nak bawak pegi mana.. nak pegi jalan kat luar, sekarang nih musim panas, jadi tempat ader air cond jer la pilihan kami.. nih Tisya ader bubuh gambar sikit untuk kenangan..



Dari kiri : Tok (Mak), Mama, Hakim (Dalam Kereta Sorong),Pak Lang, Pak Su.. Tisya kat mana? Haha.. macam biasa.. kat dalam FunLand tu la


Alamak, jom balik... pukul 9.30 malam nih, Tok nak naik bas kat Larkin.. Tok nak balik Perlis dah.. hehehe. Mak nih cukup takut kalau terlepas bas, maklumlah dah banyak kali pengalaman tertinggal bas... yang paling tak boleh lupa masa kami dok di Kuala Selangor, Mak datang rumah dan bila nak balik, jalan pulak jem sampai terlepas bas kat Klang, terpaksa Abah kejar bas tuh sampai kat Shah Alam.. hahaha

0900 malam - Kami dah ada kat Terminal bas Larkin, jenuh Abah dok kepung Tisya, sebab dia tak pernah naik bas, dok asyik merengek jer suruh Abah bawak dia naik bas tuh.. takpe la, ikutkan ajer.. jom kita tengok gelagat Tisya yang sempat Abah amik gambarnya...






Mama Masuk Pakar Puteri... ( Akhir )

28 Februari - Alhamdulillah, pada 28 Feb aritu, Mama dah boleh keluar dari Hospital.. lega sikit rasanya. Apapun terima kasih sekali lagi kepada Doktor dan Staf di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Kat sini jugak Abah nak bubuh gambar kenangan Mama masa kat Hospital, gambar Tok Tisya ngan Hakim masa pergi jalan-jalan...



Gambar Tisya selepas keluar dari Hospital aritu... ( Tak betul-betul sihat lagi tuh.. mata pun kuyu lagi tuh..)



Kat Jusco Tebrau City


Tisya & Hakim Masa Teman Mama Kat Hospital








Buah Tangan Untuk Mama..... DripCian Mama..........


Licin!! Selepas 3 Hari tak boleh Makan dan Minum.. Hahahaha




Sayang adik...


Eh.. Paksu pun ader skali?

Petua Untuk Bayi

Buang Kerak Di Rambut Bayi

Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam

Lebatkan Rambut Bayi

Untuk melebatkan rambut bayi, ambil daun rambutan jantan yang tidak berbuah atau daunnya yang berwarna merah. Campurkan daun bersama air dan embunkan semalaman. Keesokan harinya sapukan air tersebut pada kepala bayi. Jika diamalkan hasilnya pasti memuaskan.

Kulit Bayi Sentiasa Halus

Sejak dari bayi lagi sapukan bedak sejukdiseluruh tubuh bayi sebelum memandikannya. Selepas 15 minit, mandikan bayi seperti biasa. Jika dilakukan setiap hari, kulit bayi akan sentiasa lembut dan halus. Malah bayi tidak mudah mendapat ruam.

Melentikkan Bulu Mata Bayi

Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.

Mencantikkan Kulit Janin

Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin.

Bubur Nasi Untuk Anak 1-3 Tahun

Bahan-bahan ( 1 org makan )

  • 1 mangkuk nasi
  • 1 cwn air suam
  • 2 biji bawang putih
  • 1.5 cm halia
  • ayam atau kentang dipotong dadu (direbus dahulu beberapa minit)
  • ikan bilis goreng
  • daun sup
  • bawang goreng
  • garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara

  1. nasi dan air dimasukkan dalam blender dan blend. blend jgn terlalu hancur jgn terlalu kasar. biar yg sedang2 jer rupanya..
  2. halia dan bawang putih ditumbuk lumat dan tumis hingga naik bau.
  3. masukkan ayam atau kentang atau boleh digunakan kedua-duanya sekali. kacau rata.
  4. kemudian masukkan nasi yg telah diblend dgn air. dlm gambar saya tu terkurang air. jd, kalau terkurang air boleh la ditambah air lagi. airnya boleh diadjust ikut kehendak hati masing2. kalau nak bubur tu pekat, kurangkan air, kalau nak bubur tu berkuah atau berair tambah la air ikut kehendak hati.
  5. masukkan garam dan lada sulah secukup rasa dan bubur dah pun siap.
  6. untuk menghidang, taburkan ikan bilis, daun sup dan bawang goreng utk rasa yg lebih enak.

Lagi Kes Bayi Didera

PETALING JAYA: Alasan seorang lelaki kononnya anak jirannya tercekik dan menjadi lemah kerana memakan gula-gula yang diberinya gagal menutup perbuatan kejamnya yang disyaki mendera kanak-kanak berusia 18 bulan itu sehingga menemui ajal.

Lelaki berusia 33 tahun terbabit memberitahu doktor anak jirannya itu tidak sedarkan diri selepas memakan gula-gula berkenaan, menyebabkan dia segera membawa mangsa ke klinik berhampiran untuk rawatan sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Alasan itu, bagaimanapun menimbulkan keraguan apabila mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di PPUM kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin dan pemeriksaan mendapati ada kesan lebam pada seluruh tubuh dipercayai luka akibat dipukul. Doktor yang mengesyaki wujud unsur jenayah yang menyebabkan kematian kanak-kanak berkenaan, K Hareswara segera membuat laporan polis.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata laporan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat tulang rusuknya retak manakala hatinya pecah selain banyak kesan lebam pada seluruh badan.

Belum pun selesai kes Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, yang mati ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya, minggu lalu, seorang lagi kanak-kanak berusia 18 bulan pula menjadi korban terbaru kes penderaan. Abah pun heran la.. Abah perasan jugak yang bende-bende macam nih seolah-olah bermusim.. dulu kita tengok kes buang bayi yang mana tiap-tiap hari ada kes bayi kena buang... entahlah.. kesian kat budak-budak nih...apa-apapun, Lu Pikir La Sendri..

Sandwich Berkeju BBQ


BAHAN-BAHAN:
6 keping roti
3 keping keju perisa bbq | boleh didapati di pasaran
3 biji telur
½ sudu teh serbuk lada putih
Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Kepitkan dua keping roti dengan selapis keju di bahagian tengahnya.
2. Kemudian pecahkan telur dan pukul bersama sedikit garam dan juga serbuk lada putih.
3. Dengan menggunakan pengepit, celup roti ke dalam telur.
4. Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kekuningan dan angkat.

Anak demam, apa yang papa boleh lakukan?

Kanak-kanak di bawah umur lima tahun kerap demam kerana daya tahan melawan penyakit mereka masih rendah. Jadi, apakah yang boleh anda sebagai papa lakukan untuk membantu anak yang demam?

Suhu badan kanak-kanak boleh meningkat dan menurun dengan begitu cepat. Lazimnya, suhu badan normal bagi kanak-kanak adalah antara 37°C.

Tanda-tanda demam yang perlu diketahui oleh papa ialah:
•Anak mengadu tidak sihat.
•Anak kelihatan pucat dan berasa sejuk.
•Tubuhnya kelihatan menggeletar.
•Kulit anak kelihatan kemerah-merahan.
•Dahi dan lehernya terasa panas.

Jika suhu anak meningkat melebihi 38°C, anda boleh memberi dia ubat parasetamol dalam bentuk cecair mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor. Selain itu, anda juga perlu pastikan suhu bilik tidak terlalu panas atau sejuk. Tanggalkan pakaian anak dan beri dia minum banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Sejukkan badan anak dengan menggunakan tuala basah.

Untuk pengetahuan anda, apabila suhu badan anak meningkat lebih tinggi dia berpotensi untuk mengalami kekejangan. Kekejangan boleh menyebabkan anak tidak sedarkan diri dan menggigil tanpa kawalan. Jika hal ini berlaku, letakkan anak di atas lantai dan sentiasalah berada di sisinya. Lap seluruh badannya terutamanya pada bahagian kepala.

Selain mengalami kekejangan, ada juga kanak-kanak yang akan meracau-racau jika suhu badannya terlalu tinggi. Anda boleh melihat anak seolah-olah rasa takut, gelisah dan berkhayal. Sekiranya anak anda seperti ini, jangan risau. Berikan dia ubat dan biarkan dia tidur. Anak anda akan kembali seperti sedia kala selepas bangun kelak.

Lakukan sendiri
Jika anda mahu memeriksa sendiri suhu badan anak, gunakanlah termometer. Di pasaran kini, ada banyak jenis termometer. Antara yang ada ialah termometer raksa, termometer digital dan jalur penunjuk suhu. Setelah mengetahui yang anak anda demam, segeralah berikan dia ubat. Ada 4 cara untuk memberi anak makan ubat.

1.Menggunakan sudu
Papa perlu berhati-hati jika memberi anak makan ubat dengan menggunakan sudu. Jangan terlebih dos.

2.Menggunakan alat penitis
Memberi anak ubat menggunakan alat penitis lebih mudah kerana tidak tumpah. Anda hanya perlu menyukat ubat mengikut dos yang betul dan masukkan ke dalam mulut anak. Picit hujungnya untuk mengeluarkan ubat tersebut.

3.Menggunakan picagari khas
Masukkan hujung picagari ke dalam botol ubat dan sedut ubat mengikut dos yang ditetapkan. Kemudian, masukkan pula hujung picagari itu ke dalam mulut anak dan tekan tombol picagari untuk mengeluarkan ubat.

4.Menggunakan hujung jari
Sekiranya cara-cara yang telah disebutkan tadi masih kurang berkesan, gunakanlah jari anda. Bersihkan jari anda terlebih dahulu dan celup ke dalam bekas yang mengandungi ubat mengikut dos yang telah ditetapkan. Biarkan anak menjilat jari anda. Ulangi cara ini sehingga ubat habis.

Memberi anak sakit makan
Anak yang demam akan hilang selera makannya. Jangan risau. Berikan anak minum banyak air. Anda juga digalakkan memberi anak makan bubur yang mengandungi pelbagai makanan yang berkhasiat seperti ayam, ikan dan sayur.

9 rahsia tidur si manja

Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata.

Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia. Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya.

1. Wudhu
Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan.

2. Berdoa
Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara surah-surahnya ialah Al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas, Al-Falaq dan lain-lain. Selain itu ajar dia membaca doa sebelum tidur. Tujuan utama amalan penting sebegini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.

3. Baca buku
Mengikut ramai pakar motivasi, masa tidur adalah waktu yang paling untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan membacakan buku-buku cerita teladan. Daripada situ, gunakan kreativiti tersendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia dapat dijadikan tonggak hidup si kecil.

4. Bisikkan doa
Ibu bapa digalakkan untuk berdoa ketika anak hampir melelapkan mata. Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini sebagai antara waktu-waktu doa mudah dimakbulkan. Sambil berdoa, usap ubun di kepala anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.

5. Ungkapkan sayang
Ketika anak dalam keadaan ?tidur-tidur ayam?, dengan sepenuh hati katakan anda sayang kepada si manja. Selain itu, luahkan apa sahaja pujian-pujian agar dia tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Ketika manusia dalam keadaan ?tidur-tidur ayam? otak kanan masih bekerja. Jadi, apa sahaja yang anda perkatakan, ia akan melekat di minda si cilik.

6. Posisi
Posisi tidur yang baik seperti saranan Rasulullah adalah tidur di sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan). Sementara itu, posisi yang paling perlu dihindari ialah tidur dalam keadaan meniarap.

7. Mohon maaf
Jika sebelum si kecil tidur, anda tanpa sengaja memarahinya, ambil peluang sebelum dia melelapkan mata untuk meminta maaf. Jadikan amalkan untuk kedua-dua pihak saling memohon maaf antara satu sama lain. Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu tersimpan di otak kiri dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.

8. Ciuman
Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena. Cara sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut membantu di tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa berada di sisinya.

9. Doa
Sesudah bangun tidur, si anak hendaklah diasuh untuk sentiasa membaca doa. Amalan ini dapat menyucikan hati daripada sifat-sifat yang negatif. Malah, dengan cara sedemikian, ia dapat membersihkan hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik.

Ilmu Memagar Diri Mengikut Kaedah Islam

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.



4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah).
Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Wallahualam...

Petua - Mudah Bersalin

Amalkan senaman 10 minit sehari. Pergerakan yang kerap akan mengurangkan risiko sakit bersalin tetapi pastikan pergerakan tidak membahayakan ibu dan bayi.


Petua - Jarakkan Kelahiran

Ramai orang menggunakan pil pencegah kehamilan untuk menjarakkan kelahiran anak. Namun, anda boleh menggunakan petua ini. Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ keping ragi. Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidik, kemudian ditapis lalu dicampurkan dengan sedikit garam dan air limau nipis. Minum sebulan sekali sebelum tidur.

Petua : Legakan Kepanasan

Cuaca panas terik memang merimaskan. Basahkan badan anak dan sapukan dengan tepung gandum. Anda akan dapati kesan merah pada liang romanya ini membuktikan bahawa panas badan anak akan keluar. Kesan itu akan hilang dengan sendirinya.

Sandwich Udang


Assalamualaikum... nak cuba resepi baru tak? asyik bagi anak makan roti bubuh jem ja kan.. takpun roti kosong, sesekali cuba letihkan badan sikit buat makanan yang lebih khasiat dan sedap untuk anak apa salahnya kan.. meh cuba resepi nih.. Sandwich Udang..

Bahan-bahan :

200gm udang (direbus)
2 Sudu makan mayonis
1 sudu makan sos tomato
Roti gandum

Zuchini (dihiris) - pakai timun pun boleh jugak


Cara membuat :

1 - Masukkan udang, mayonis dan sos tomato dalam mangkuk dan kacau rata
2 - Kemudian, ambil sekeping roti dan susun daun salad dan hirisan zuchini keatasnya.
3 - Letakkan udang yang dicampur dengan mayonis dan sos tomato tadi.
4 - Akhir sekali, tutup dengan sekeping roti lagi...
5 - Sedia untuk dihidangkan..

Bagai Binatang....


KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.

SAYU... Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak  selepas  pengkebumian  di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.
SAYU... Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak selepas pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.
Menurut Siti Nurhanim, sebelum kejadian kejam yang meragut nyawa anaknya, teman lelakinya pernah memarahi Syafia kerana sering muntah ketika diberi makan.


“Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.


“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.


“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.

Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.


Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.


“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.


Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.


“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.


Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.


Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.


Perut mangsa pecah

KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.


“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.

“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.


Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.


“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.


Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.


“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.


Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.


“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.



Perangai binatang

Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM dan MD FUZI ABD LATEH
am@hmetro.com.my
2010/02/28

Astagfirullahhalazim... Apalah dosa kanak-kanak nih sampai diperlakukan sebegitu. Bila baca paper pasal penderaan kanak-kanak, buang bayi, Abah rasa sedih sangat.. Apalah nak jadi dengan dunia sekarang, Sekarang kita nak jumpa anak kucing terbiar pun susah, ibu kucing pun tau sayangkan anak dia... haii.. entahlah.. dunia akhir zaman...

Tapi yang paling Abah geram bila baca paper 2-3 hari nih, pasal anak didera oleh kekasih ibu, apa punya mangkuk la lelaki nih, kalau betul-betul berani, cari lah orang "jantan" ajak bergaduh. Ini yang dia tendang tu budak, tak tahu apa-apa pun.. meskipun nakal, cukuplah dengan pukulan lembut bawah pada pinggang.. ini sampai bagi terajang... entahla...

Apapun Abah harap si lelaki yang perasan gagah tuh dikenakan hukuman setimpal oleh undang-undang.. pandai buat, pandailah tanggung.. akhir kata "Lu Pikir La Sendri..."

Mama Masuk Pakar Puteri... ( Siri 4 )


Suasana dari tingkat 3, Hospital Pakar Puteri



KHAMIS, 25 FEBRUARI

0830hrs - Sedar tak sedar dah 2 hari Mama kat Hospital, Abah letih jugak la melayan Hakim yang dok cari susu tiap-tiap malam.. Hari ni macam biasa, Abah drive pergi hospital awal sikit sebab Mama nak buat "CT Scan" dalam pukul 9 nanti.. berdebar jugak la, Mama? macam biasa, kuranglah sakit perut sikit, Doktor pun tak bagi Mama makan dan minum sampai hari nih.. (mungkin sampai Isnin... ) perghhh!!! boleh tahan ka Mama? tapi takpa, kan tangan Mama ada "dripping".. hehe.. kalau seminggu kat sini, agak-agak berapa berat Mama turun erk?


Sebab Mama tak boleh makan dan minum, ni lah penggantinya. Sehari 4 botol...

1030hrs - Mama dah selesai buat CT Scan, tunggu result dari doktor ja... selang beberapa minit, doktor pakar pun masuk bagitau result, ermm!! Alhamdulillah, CT Scan pun kata OK..

"Tapi apa masalah dia doktor?" Tanya Abah ngan Mama serentak..

"Dari pemeriksaan yang kita buat, Puan mengalami masalah dengan pankreas, mungkin pankreas Puan bengkak.. daripada Ultrasound semalam menunjukkan ada sikit masalah kat bahagian pankreas..mungkin bengkak" kata doktor..

OOOooo... doktor kata rawatan untuk pankreas bengkak nih ialah kawal makan.. dan nampaknya, Mama kenalah berpuasa dari makan dan minum sampai hari Isnin...

1600hrs - Abah pergi hospital bawak sekali dengan bala tentera datang melawat Mama, hahah.. rindu kat anak-anak, kata mama....


Gambar hiasan aja.... (kaunter jururawat)

------------------------------------------------------------------------------------------------

JUMAAT, 26 FEBRUARI

0900hrs - Pejam celik, pejam celik, dah hari Jumaat, penghulu segala hari.. sebelum tu, marilah sama-sama kita berselawat ke atas Nabi, hari nih pun cuti am bersempena dengan Maulidur Rasul. Macam biasa, Abah pergi hospital bawak Tisya sekali... dan hari nih jugak takda rawatan untuk Mama kecuali berpuasa.. Kesian tengok Mama, nak bangun pun takda tenaga, badan terketar-ketar sebab tak makan.. takpa lah, untuk kesihatan jugak.. sepanjang Mama berpuasa nih, kurang dah sikit sakit Mama tuh.. Alhamdulillah...


Gambar nih, Tisya amik sendiri dengan handset Abah..


Macam biasa, petang ngan malam Abah pegi melawat Mama, malam tadi pun Hakim dah boleh biasakan diri tido dengan Abah.. jadi takda masalah la, cuma sesekali Abah kena bangun buat susu kat Hakim.. Huarggghhh... ok lah, dah mengantuk tahap gaban dah nih.. nak titon dulu..

bersambung lagi.....

Mama Masuk Pakar Puteri... ( Siri 3 )

RABU, 24 FEBRUARI

Huarghhh!!! selamat pagi... hari nih bangun awal sikit sebab nak pergi amik mak mentua kat Larkin, Mama mintak tolong mak datang jaga cucu kejap.. maka Abah pun bersiap la diri dan anak-anaknya sebab pukul 9 mungkin mak sampai kat Terminal Larkin..

0930hrs - Abah selamat ambil mak kat Terminal Larkin dan terus hantar kat rumah, Sementara mak ada kat rumah nih, bolehla Abah temankan mama selalu..

1400hrs - Abah drive pergi Hospital sebab petang nih doktor pakar nak buat OGDS.. Abah pun tak pasti apa nama penuh OGDS nih, tapi mungkin ianya singkatan dari (oesophago-gastric-duodeno-scopy) maknanya doktor akan masukkan wayar berkamera ke dalam perut mama melalui mulut.. ermm.. lebih kurang sejam lepas buat OGDS tuh, doktor kasi kat Mama CD dan gambar yang doktor buat pemeriksaan tadi.. tapi almaklumlah, kami bukan doktor, macam-macam pendapat yang kami buat bila tengok gambar tuh... padahal takda apa-apa pun ( doktor bagitau penjelasan tentang gambar tuh kemudian...ehehhe )

1800hrs - Doktor melawat mama dan bagitau yang OGDS tu result dia ok... untuk nak tahu jugak punca sebenar sakit perut Mama tuh, doktor nak buat CT Scan kat Mama esoknya... pulakk!!!



*gambaran Abah la pasal bendealah CT Scan tuh

..... Bersambung lagi...

Mama Masuk Pakar Puteri.. (Siri 2)

Ermm... kat mana berenti hari tu erk? Haa..

SELASA 23 FEBRUARI

Kami bercadang nak pegi Hospital lepas maghrib la kan.. bukan apa, senang sikit.. lagipun nak bawak budak kecik time maghrib2 nih tak elok kan.. Lepas maghrib, kami bertolak ke Hospital Pakar Puteri. Masa nak buat pendaftaran pemeriksaan kat Kaunter Hospital, Abah terkejut bila staff Hospital bagitau yang hosp penuh.. katil ada satu ja kosong, itu pun kena tengok samada makcik yang tengah buat pemeriksaan kat Kecemasan tu kena masuk wad atau tak.. Perghh.. Abah try tanya katil kat Hospital Pakar Johor, jawapan sama macam kat sini.. KATIL PENUH...

Abah cuba tanya penyelesaian, Staff kat sana cakap, paling tidak pun dia boleh bagi ubat tahan sakit dulu, pastu balik rumah.. kalau ada katil kosong nanti dia bagitau..

"Erm.. Apa kata kita tunggu dulu sampai makcik kat dalam Kecemasan tu tau result dia, kalau dia masuk wad, kita baliklah, kalau dia tak masuk, kita boleh amik katil tuh.." Kata Abah

Mungkin nasib menyebelahi kami, makcik tu tak jadi masuk wad.. (tima kacih ya makcik.. hehehe)... apalagi, Mama pun kena usung masuk Kecemasan untuk pemeriksaan lanjut... Lebih setengah jam menunggu (sambil abah pergi daftar wad..) Abah tengok mama kena usung ke bilik x-ray, erm?? sekarang dah pukul 10 malam.. lebih kurang setengah jam kemudian, Mama dibawa ke bilik 315, Kondisi Mama pun stabil lagi setakat nih, cuma doktor tak boleh nak detect samada gastrik atau bukan.. esok doktor pakar akan buat "skop"....

Erm.. Abah bukan taknak tunggu tapi sekarang dah pukul 11 malam, kesian kat Hakim ngan Tisya mengantuk.. sebelum balik, Abah suruh Hakim minum susu kenyang2.. hehehe.. taktik nak bagi tido lena.. sebab malam nih Abah kena jaga Hakim ngan Tisya...

.... Bersambung....


Mama Masuk Pakar Puteri...

Assalamualaikum...

Lepas bersalin Hakim, Mama selalu mengadu yang dia sakit kat bahagian dalam perut. Mulanya kami ingatkan sakit biasa lepas bersalin, tapi sampai sekarang (lebih kurang 3 bulan lebih) Mama masih lagi mengadu yang dia rasa sakit kat dalam perut.

Mulanya, Mama ingatkan kena gastrik, maklumlah, bila rasa lapar sikit, sakit tu datang.. lagipun Mama memang ada gastrik sikit-sikit. Tapi seminggu nih, sakit Mama main menjadi-jadi, sampaikan Mama rasa sesak nafas.. bukan tu aja, simptom2 lain yang mama rasa macam :

-Loya
-Sakit pada bahagian atas perut
-Pening kepala
-Cirit Birit (sikit-sikit ja..)

Aihhh?? takkan gastrik ada tanda-tanda macam nih kot? Walaupun Abah bukan Pegawai Perubatan, tapi kalau fikirkan logik pun memang gastrik takda macam tuh.. Kitorang dah cuak dah.. heheheh.. Maka bermula la episod rawatan Mama....

ISNIN, 22 FEBRUARI,

2205hrs - Mama mengadu sesak nafas dengan sakit perut.. nampak cam serius jer.. (ini serius... kata wonderpet), sampai terguling takleh bangun. Abah pun ajak Mama pergi klinik Faizal kat Bandar Baru Uda nih.. Doktor kata mungkin Gastrik.. (lega skit rasanya) dan Mama dibekalkan ubat gastrik, tahan muntah, dan ubat buang angin (sebab doktor kata pening kepala sebab angin banyak dalam perut..).. Apalagi, balik rumah, Mama kena paksa ngan Abah makan ubat, dengan harapan kuranglah sikit sakit tuh..

0130hrs - Mama mengadu lapar, (ehhehe).. terpaksalah Abah teman makan sekali walaupun dah kenyang.. Tapi Mama bagitau yang sakit ta hilang lagi.. "...takpa, tido dulu, kejap lagi hilanglah sakit tuh.." kata Abah dengan manja.. (wahahahaha)... Mama pun termakan pujuk rayu lalu tertido.. ermmm??? pelik jugak nih.. sakit apa nih?


SELASA, 23 FEBRUARI

10.00hrs - Sakit Mama tak hilang lagi, malahan tak berkurang pun.. Risau la plak, jadi kami amik keputusan pergi klinik lain pula, Apalagi.... jommm!! kali nih kitorang pegi klinik Mustakizah plak.. lepas doktor dah check, dia pun tak berani nak komen apa sebab dah bagi ubat gastrik tapi takda perubahan.. doktor syorkan Mama ke Hospital Pakar untuk buat pemeriksaan lanjut.. lepas dapat surat untuk rujukan pakar dari doktor.. kami pun balik rumah untuk bersiap.. (alamak.. nampak gayanya, malam nih Hakim ngan Tisya dok tido bawak ketiak Abah la..) huhuhu...



....... bersambung...

Batrisyia Demam Lagi...





Assalamualaikum w.b.t..

2 Hari tak update blog, bukan apa.. 15 Feb aritu, Tisya kena demam panas, suhu dia tinggi (39C+).. terus kena sawan demam panas..perghh tak sanggup dah tengok kakak demam lagi. Abah ngan Mama dah usaha jugak tak bagi suhu demam Tisya naik tapi tak terdaya.. AbahTisya pun terus hantar Tisya ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru lebih kurang jam 11 malam akibat "febrile fits".

Apa tu sawan demam panas? baca kat bawah nih...



Apa itu Sawan Demam atau Febrile Fits?

Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Diagnosis sawan demam diberi sekiranya tiada bukti bahawa terdapat masalah di dalam otak ataupun masalah metabolik di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah sawan berlaku.

Secara mudah, ini bermakna, sawan demam didiagnos apabila masalah-masalah di dalam otak seperti jangkitan atau masalah di darah seperti kekurangan garam tertentu telah diambil kira.

Sekiranya sawan berlaku sebelum umur 3 bulan atau berlanjutan selepas 6 tahun, maka ia bukan dikira sawan demam. Apabila demam menjadi terlalu tinggi, ini akan mengganggu aktiviti otak dan menyebabkan sawan berlaku. Sawan bermaksud keadaan di mana kanak-kanak itu akan tidak sedarkan diri, mengalami kekejangan badan dan kaki, mata hitam akan memandang ke atas (uprolling of eyeballs) , air liur meleleh (drooling of saliva), dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.

Jenis Sawan Demam

Terdapat dua jenis sawan demam. Saya terjemahkan sebagai Sawan Demam Biasa (Simple Febrile Fits) dan Sawan Demam Kompleks (Complex Febrile Fits).

Sawan demam biasa adalah singkat, hanya satu episod sawan sahaja setiap kali demam dan terjadi kurang daripada 15 minit. Manakala Sawan Demam kompleks adalah berpanjangan, lebih daripada 15 minit dan terjadi berulang-ulang di dalam satu episod demam.




hahaha,... taknak cita panjang kat sini.. kalau ader ibubapa yang nak tau lanjut pasal sawan demam panas nih, bolehla tengok kat blog nih.. (rekemen sikit)..



Kesian tengok tisya.. kat sini ader sikit gambar kenangan (harap tak berulang lagi) Tisya kat Hospital.. Terima kasih kat sumer warga kerja Hospital Pakar Puteri, terutama staff wad paediatric sebab bagi katil besar kat kitorang... leh la abahTisya "landing" sekali... hahaha

Tido time... krohhh...krohh...krohhh


Makan Malam Tisya.. emmm sapa pilih menu nih abah? Tisya suka nihh


Aktiviti Seterusnya.. Tido.. sebab perut kenyang



Tinggikan sikit la katil nih.. rasa cam tak selesa la


Ala.. camner leh kantoi nih... camna tau tisya "adjust" katil tu


Adik nak tumpang tido dulu la kakak.. boleh tak..


Boring kat bilik, jom kita jalan-jalan dulu abah.. abah!! abah!!


Posing.. posing.. jangan tak posing


Jom Kenal-kenal

Hi... Saya Batrisyia tisyaframe Hi... Saya Hakim hakimframe

Kategori

Jeritt..!!!!!

Iklan..iklan

Followers

AbahTisya on YM