
Assalamualaikum... nak cuba resepi baru tak? asyik bagi anak makan roti bubuh jem ja kan.. takpun roti kosong, sesekali cuba letihkan badan sikit buat makanan yang lebih khasiat dan sedap untuk anak apa salahnya kan.. meh cuba resepi nih.. Sandwich Udang..
Bahan-bahan :
200gm udang (direbus)
2 Sudu makan mayonis
1 sudu makan sos tomato
Roti gandum
Zuchini (dihiris) - pakai timun pun boleh jugak
Cara membuat :
1 - Masukkan udang, mayonis dan sos tomato dalam mangkuk dan kacau rata
2 - Kemudian, ambil sekeping roti dan susun daun salad dan hirisan zuchini keatasnya.
3 - Letakkan udang yang dicampur dengan mayonis dan sos tomato tadi.
4 - Akhir sekali, tutup dengan sekeping roti lagi...
5 - Sedia untuk dihidangkan..
Sandwich Udang
Labels: Resepi
Bagai Binatang....
KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.
Menurut Siti Nurhanim, sebelum kejadian kejam yang meragut nyawa anaknya, teman lelakinya pernah memarahi Syafia kerana sering muntah ketika diberi makan.SAYU... Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak selepas pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.
“Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.
“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.
“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.
Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.
Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.
“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.
Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.
“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.
Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.
Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.
Perut mangsa pecahKUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.
“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.
Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.
“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.
Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.
“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.
“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.
Perangai binatang
Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM dan MD FUZI ABD LATEH
am@hmetro.com.my
2010/02/28
Astagfirullahhalazim... Apalah dosa kanak-kanak nih sampai diperlakukan sebegitu. Bila baca paper pasal penderaan kanak-kanak, buang bayi, Abah rasa sedih sangat.. Apalah nak jadi dengan dunia sekarang, Sekarang kita nak jumpa anak kucing terbiar pun susah, ibu kucing pun tau sayangkan anak dia... haii.. entahlah.. dunia akhir zaman...
Tapi yang paling Abah geram bila baca paper 2-3 hari nih, pasal anak didera oleh kekasih ibu, apa punya mangkuk la lelaki nih, kalau betul-betul berani, cari lah orang "jantan" ajak bergaduh. Ini yang dia tendang tu budak, tak tahu apa-apa pun.. meskipun nakal, cukuplah dengan pukulan lembut bawah pada pinggang.. ini sampai bagi terajang... entahla...
Apapun Abah harap si lelaki yang perasan gagah tuh dikenakan hukuman setimpal oleh undang-undang.. pandai buat, pandailah tanggung.. akhir kata "Lu Pikir La Sendri..."
Labels: Berita
Mama Masuk Pakar Puteri... ( Siri 4 )
KHAMIS, 25 FEBRUARI
0830hrs - Sedar tak sedar dah 2 hari Mama kat Hospital, Abah letih jugak la melayan Hakim yang dok cari susu tiap-tiap malam.. Hari ni macam biasa, Abah drive pergi hospital awal sikit sebab Mama nak buat "CT Scan" dalam pukul 9 nanti.. berdebar jugak la, Mama? macam biasa, kuranglah sakit perut sikit, Doktor pun tak bagi Mama makan dan minum sampai hari nih.. (mungkin sampai Isnin... ) perghhh!!! boleh tahan ka Mama? tapi takpa, kan tangan Mama ada "dripping".. hehe.. kalau seminggu kat sini, agak-agak berapa berat Mama turun erk?
1030hrs - Mama dah selesai buat CT Scan, tunggu result dari doktor ja... selang beberapa minit, doktor pakar pun masuk bagitau result, ermm!! Alhamdulillah, CT Scan pun kata OK..
"Tapi apa masalah dia doktor?" Tanya Abah ngan Mama serentak..
"Dari pemeriksaan yang kita buat, Puan mengalami masalah dengan pankreas, mungkin pankreas Puan bengkak.. daripada Ultrasound semalam menunjukkan ada sikit masalah kat bahagian pankreas..mungkin bengkak" kata doktor..
OOOooo... doktor kata rawatan untuk pankreas bengkak nih ialah kawal makan.. dan nampaknya, Mama kenalah berpuasa dari makan dan minum sampai hari Isnin...
1600hrs - Abah pergi hospital bawak sekali dengan bala tentera datang melawat Mama, hahah.. rindu kat anak-anak, kata mama....

Gambar hiasan aja.... (kaunter jururawat)
JUMAAT, 26 FEBRUARI
0900hrs - Pejam celik, pejam celik, dah hari Jumaat, penghulu segala hari.. sebelum tu, marilah sama-sama kita berselawat ke atas Nabi, hari nih pun cuti am bersempena dengan Maulidur Rasul. Macam biasa, Abah pergi hospital bawak Tisya sekali... dan hari nih jugak takda rawatan untuk Mama kecuali berpuasa.. Kesian tengok Mama, nak bangun pun takda tenaga, badan terketar-ketar sebab tak makan.. takpa lah, untuk kesihatan jugak.. sepanjang Mama berpuasa nih, kurang dah sikit sakit Mama tuh.. Alhamdulillah...
Macam biasa, petang ngan malam Abah pegi melawat Mama, malam tadi pun Hakim dah boleh biasakan diri tido dengan Abah.. jadi takda masalah la, cuma sesekali Abah kena bangun buat susu kat Hakim.. Huarggghhh... ok lah, dah mengantuk tahap gaban dah nih.. nak titon dulu..
bersambung lagi.....
Labels: Diari
Mama Masuk Pakar Puteri... ( Siri 3 )
RABU, 24 FEBRUARI
Huarghhh!!! selamat pagi... hari nih bangun awal sikit sebab nak pergi amik mak mentua kat Larkin, Mama mintak tolong mak datang jaga cucu kejap.. maka
Abah pun bersiap la diri dan anak-anaknya sebab pukul 9 mungkin mak sampai kat Terminal Larkin..
0930hrs - Abah selamat ambil mak kat Terminal Larkin dan terus hantar kat rumah, Sementara mak ada kat rumah nih, bolehla Abah temankan mama selalu..
ago-gastric-duodeno-Labels: Diari
Mama Masuk Pakar Puteri.. (Siri 2)
SELASA 23 FEBRUARI
Kami bercadang nak pegi Hospital lepas maghrib la kan.. bukan apa, senang sikit.. lagipun nak bawak budak kecik time maghrib2 nih tak elok kan.. Lepas maghrib, kami bertolak ke Hospital Pakar Puteri. Masa nak buat pendaftaran pemeriksaan kat Kaunter Hospital, Abah terkejut bila staff Hospital bagitau yang hosp penuh.. katil ada satu ja kosong, itu pun kena tengok samada makcik yang tengah buat pemeriksaan kat Kecemasan tu kena masuk wad atau tak.. Perghh.. Abah try tanya katil kat Hospital Pakar Johor, jawapan sama macam kat sini.. KATIL PENUH...
Abah cuba tanya penyelesaian, Staff kat sana cakap, paling tidak pun dia boleh bagi ubat tahan sakit dulu, pastu balik rumah.. kalau ada katil kosong nanti dia bagitau..
"Erm.. Apa kata kita tunggu dulu sampai makcik kat dalam Kecemasan tu tau result dia, kalau dia masuk wad, kita baliklah, kalau dia tak masuk, kita boleh amik katil tuh.." Kata Abah
Mungkin nasib menyebelahi kami, makcik tu tak jadi masuk wad.. (tima ka
cih ya makcik.. hehehe)... apalagi, Mama pun kena usung masuk Kecemasan untuk pemeriksaan lanjut... Lebih setengah jam menunggu (sambil abah pergi daftar wad..) Abah tengok mama kena usung ke bilik x-ray, erm?? sekarang dah pukul 10 malam.. lebih kurang setengah jam kemudian, Mama dibawa ke bilik 315, Kondisi Mama pun stabil lagi setakat nih, cuma doktor tak boleh nak detect samada gastrik atau bukan.. esok doktor pakar akan buat "skop"....Erm.. Abah bukan taknak tunggu tapi sekarang dah pukul 11 malam, kesian kat Hakim ngan Tisya mengantuk.. sebelum balik, Abah suruh Hakim minum susu kenyang2.. hehehe.. taktik nak bagi tido lena.. sebab malam nih Abah kena jaga Hakim ngan Tisya...
.... Bersambung....
Labels: Diari
Mama Masuk Pakar Puteri...
Assalamualaikum...
Lepas bersalin Hakim, Mama selalu mengadu yang dia sakit kat bahagian dalam perut. Mulanya kami ingatkan sakit biasa lepas bersalin, tapi sampai sekarang (lebih kurang 3 bulan lebih) Mama masih lagi mengadu yang dia rasa sakit kat dalam perut.
Mulanya, Mama ingatkan kena gastrik, maklumlah, bila rasa lapar sikit, sakit tu datang.. lagipun Mama memang ada gastrik sikit-sikit. Tapi seminggu nih, sakit Mama main menjadi-jadi, sampaikan Mama rasa sesak nafas.. bukan tu aja, simptom2 lain yang mama rasa macam :
-Loya
-Sakit pada bahagian atas perut
-Pening kepala
-Cirit Birit (sikit-sikit ja..)
Aihhh?? takkan gastrik ada tanda-tanda macam nih kot? Walaupun Abah bukan Pegawai Perubatan, tapi kalau fikirkan logik pun memang gastrik takda macam tuh.. Kitorang dah cuak dah.. heheheh.. Maka bermula la episod rawatan Mama....
ISNIN, 22 FEBRUARI,
2205hrs - Mama mengadu sesak nafas dengan sakit perut.. nampak cam serius jer.. (ini s
erius... kata wonderpet), sampai terguling takleh bangun. Abah pun ajak Mama pergi klinik Faizal kat Bandar Baru Uda nih.. Doktor kata mungkin Gastrik.. (lega skit rasanya) dan Mama dibekalkan ubat gastrik, tahan muntah, dan ubat buang angin (sebab doktor kata pening kepala sebab angin banyak dalam perut..).. Apalagi, balik rumah, Mama kena paksa ngan Abah makan ubat, dengan harapan kuranglah sikit sakit tuh..0130hrs - Mama mengadu lapar, (ehhehe).. terpaksalah Abah teman makan sekali walaupun dah kenyang.. Tapi Mama bagitau yang sakit ta hilang lagi.. "...takpa, tido dulu, kejap lagi hilanglah sakit tuh.." kata Abah dengan manja.. (wahahahaha)... Mama pun termakan pujuk rayu lalu tertido.. ermmm??? pelik jugak nih.. sakit apa nih?
SELASA, 23 FEBRUARI
10.00hrs - Sakit Mama tak hilang lagi, malahan tak berkurang pun.. Risau la plak, jadi kami amik keputusan pergi klinik lain pula, Apalagi.... jommm!! kali nih kitorang pegi klinik Mustakizah plak.. lepas doktor dah check, dia pun tak berani nak komen apa sebab dah bagi ubat gastrik tapi takda perubahan.. doktor syorkan Mama ke Hospital Pakar untuk buat pemeriksaan lanjut.. lepas dapat surat untuk rujukan pakar dari doktor.. kami pun balik rumah untuk bersiap.. (alamak.. nampak gayanya, malam nih Hakim ngan Tisya dok tido bawak ketiak Abah la..) huhuhu...
....... bersambung...
Labels: Diari
Batrisyia Demam Lagi...
Assalamualaikum w.b.t..
2 Hari tak update blog, bukan apa.. 15 Feb aritu, Tisya kena demam panas, suhu dia tinggi (39C+).. terus kena sawan demam panas..perghh tak sanggup dah tengok kakak demam lagi. Abah ngan Mama dah usaha jugak tak bagi suhu demam Tisya naik tapi tak terdaya.. AbahTisya pun terus hantar Tisya ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru lebih kurang jam 11 malam akibat "febrile fits".
Apa tu sawan demam panas? baca kat bawah nih...
Apa itu Sawan Demam atau Febrile Fits?
Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Diagnosis sawan demam diberi sekiranya tiada bukti bahawa terdapat masalah di dalam otak ataupun masalah metabolik di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah sawan berlaku.
Secara mudah, ini bermakna, sawan demam didiagnos apabila masalah-masalah di dalam otak seperti jangkitan atau masalah di darah seperti kekurangan garam tertentu telah diambil kira.
Sekiranya sawan berlaku sebelum umur 3 bulan atau berlanjutan selepas 6 tahun, maka ia bukan dikira sawan demam. Apabila demam menjadi terlalu tinggi, ini akan mengganggu aktiviti otak dan menyebabkan sawan berlaku. Sawan bermaksud keadaan di mana kanak-kanak itu akan tidak sedarkan diri, mengalami kekejangan badan dan kaki, mata hitam akan memandang ke atas (uprolling of eyeballs) , air liur meleleh (drooling of saliva), dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.
Jenis Sawan Demam
Terdapat dua jenis sawan demam. Saya terjemahkan sebagai Sawan Demam Biasa (Simple Febrile Fits) dan Sawan Demam Kompleks (Complex Febrile Fits).
Sawan demam biasa adalah singkat, hanya satu episod sawan sahaja setiap kali demam dan terjadi kurang daripada 15 minit. Manakala Sawan Demam kompleks adalah berpanjangan, lebih daripada 15 minit dan terjadi berulang-ulang di dalam satu episod demam.
hahaha,... taknak cita panjang kat sini.. kalau ader ibubapa yang nak tau lanjut pasal sawan demam panas nih, bolehla tengok kat blog nih.. (rekemen sikit)..
Kesian tengok tisya.. kat sini ader sikit gambar kenangan (harap tak berulang lagi) Tisya kat Hospital.. Terima kasih kat sumer warga kerja Hospital Pakar Puteri, terutama staff wad paediatric sebab bagi katil besar kat kitorang... leh la abahTisya "landing" sekali... hahaha

Makan Malam Tisya.. emmm sapa pilih menu nih abah? Tisya suka nihh

Aktiviti Seterusnya.. Tido.. sebab perut kenyang

Tinggikan sikit la katil nih.. rasa cam tak selesa la

Ala.. camner leh kantoi nih... camna tau tisya "adjust" katil tu

Adik nak tumpang tido dulu la kakak.. boleh tak..

Boring kat bilik, jom kita jalan-jalan dulu abah.. abah!! abah!!

Posing.. posing.. jangan tak posing
Labels: Diari









