Artikel, Petua, Berita, Diari, Kraf Makanan dsb

Ilmu Memagar Diri Mengikut Kaedah Islam

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.



4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah).
Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Wallahualam...

Petua - Mudah Bersalin

Amalkan senaman 10 minit sehari. Pergerakan yang kerap akan mengurangkan risiko sakit bersalin tetapi pastikan pergerakan tidak membahayakan ibu dan bayi.


Petua - Jarakkan Kelahiran

Ramai orang menggunakan pil pencegah kehamilan untuk menjarakkan kelahiran anak. Namun, anda boleh menggunakan petua ini. Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ keping ragi. Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidik, kemudian ditapis lalu dicampurkan dengan sedikit garam dan air limau nipis. Minum sebulan sekali sebelum tidur.

Petua : Legakan Kepanasan

Cuaca panas terik memang merimaskan. Basahkan badan anak dan sapukan dengan tepung gandum. Anda akan dapati kesan merah pada liang romanya ini membuktikan bahawa panas badan anak akan keluar. Kesan itu akan hilang dengan sendirinya.

Sandwich Udang


Assalamualaikum... nak cuba resepi baru tak? asyik bagi anak makan roti bubuh jem ja kan.. takpun roti kosong, sesekali cuba letihkan badan sikit buat makanan yang lebih khasiat dan sedap untuk anak apa salahnya kan.. meh cuba resepi nih.. Sandwich Udang..

Bahan-bahan :

200gm udang (direbus)
2 Sudu makan mayonis
1 sudu makan sos tomato
Roti gandum

Zuchini (dihiris) - pakai timun pun boleh jugak


Cara membuat :

1 - Masukkan udang, mayonis dan sos tomato dalam mangkuk dan kacau rata
2 - Kemudian, ambil sekeping roti dan susun daun salad dan hirisan zuchini keatasnya.
3 - Letakkan udang yang dicampur dengan mayonis dan sos tomato tadi.
4 - Akhir sekali, tutup dengan sekeping roti lagi...
5 - Sedia untuk dihidangkan..

Bagai Binatang....


KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.

SAYU... Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak  selepas  pengkebumian  di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.
SAYU... Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak selepas pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.
Menurut Siti Nurhanim, sebelum kejadian kejam yang meragut nyawa anaknya, teman lelakinya pernah memarahi Syafia kerana sering muntah ketika diberi makan.


“Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.


“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.


“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.

Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.


Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.


“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.


Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.


“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.


Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.


Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.


Perut mangsa pecah

KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.


“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.

“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.


Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.


“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.


Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.


“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.


Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.


“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.



Perangai binatang

Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM dan MD FUZI ABD LATEH
am@hmetro.com.my
2010/02/28

Astagfirullahhalazim... Apalah dosa kanak-kanak nih sampai diperlakukan sebegitu. Bila baca paper pasal penderaan kanak-kanak, buang bayi, Abah rasa sedih sangat.. Apalah nak jadi dengan dunia sekarang, Sekarang kita nak jumpa anak kucing terbiar pun susah, ibu kucing pun tau sayangkan anak dia... haii.. entahlah.. dunia akhir zaman...

Tapi yang paling Abah geram bila baca paper 2-3 hari nih, pasal anak didera oleh kekasih ibu, apa punya mangkuk la lelaki nih, kalau betul-betul berani, cari lah orang "jantan" ajak bergaduh. Ini yang dia tendang tu budak, tak tahu apa-apa pun.. meskipun nakal, cukuplah dengan pukulan lembut bawah pada pinggang.. ini sampai bagi terajang... entahla...

Apapun Abah harap si lelaki yang perasan gagah tuh dikenakan hukuman setimpal oleh undang-undang.. pandai buat, pandailah tanggung.. akhir kata "Lu Pikir La Sendri..."

Mama Masuk Pakar Puteri... ( Siri 4 )


Suasana dari tingkat 3, Hospital Pakar Puteri



KHAMIS, 25 FEBRUARI

0830hrs - Sedar tak sedar dah 2 hari Mama kat Hospital, Abah letih jugak la melayan Hakim yang dok cari susu tiap-tiap malam.. Hari ni macam biasa, Abah drive pergi hospital awal sikit sebab Mama nak buat "CT Scan" dalam pukul 9 nanti.. berdebar jugak la, Mama? macam biasa, kuranglah sakit perut sikit, Doktor pun tak bagi Mama makan dan minum sampai hari nih.. (mungkin sampai Isnin... ) perghhh!!! boleh tahan ka Mama? tapi takpa, kan tangan Mama ada "dripping".. hehe.. kalau seminggu kat sini, agak-agak berapa berat Mama turun erk?


Sebab Mama tak boleh makan dan minum, ni lah penggantinya. Sehari 4 botol...

1030hrs - Mama dah selesai buat CT Scan, tunggu result dari doktor ja... selang beberapa minit, doktor pakar pun masuk bagitau result, ermm!! Alhamdulillah, CT Scan pun kata OK..

"Tapi apa masalah dia doktor?" Tanya Abah ngan Mama serentak..

"Dari pemeriksaan yang kita buat, Puan mengalami masalah dengan pankreas, mungkin pankreas Puan bengkak.. daripada Ultrasound semalam menunjukkan ada sikit masalah kat bahagian pankreas..mungkin bengkak" kata doktor..

OOOooo... doktor kata rawatan untuk pankreas bengkak nih ialah kawal makan.. dan nampaknya, Mama kenalah berpuasa dari makan dan minum sampai hari Isnin...

1600hrs - Abah pergi hospital bawak sekali dengan bala tentera datang melawat Mama, hahah.. rindu kat anak-anak, kata mama....


Gambar hiasan aja.... (kaunter jururawat)

------------------------------------------------------------------------------------------------

JUMAAT, 26 FEBRUARI

0900hrs - Pejam celik, pejam celik, dah hari Jumaat, penghulu segala hari.. sebelum tu, marilah sama-sama kita berselawat ke atas Nabi, hari nih pun cuti am bersempena dengan Maulidur Rasul. Macam biasa, Abah pergi hospital bawak Tisya sekali... dan hari nih jugak takda rawatan untuk Mama kecuali berpuasa.. Kesian tengok Mama, nak bangun pun takda tenaga, badan terketar-ketar sebab tak makan.. takpa lah, untuk kesihatan jugak.. sepanjang Mama berpuasa nih, kurang dah sikit sakit Mama tuh.. Alhamdulillah...


Gambar nih, Tisya amik sendiri dengan handset Abah..


Macam biasa, petang ngan malam Abah pegi melawat Mama, malam tadi pun Hakim dah boleh biasakan diri tido dengan Abah.. jadi takda masalah la, cuma sesekali Abah kena bangun buat susu kat Hakim.. Huarggghhh... ok lah, dah mengantuk tahap gaban dah nih.. nak titon dulu..

bersambung lagi.....

Mama Masuk Pakar Puteri... ( Siri 3 )

RABU, 24 FEBRUARI

Huarghhh!!! selamat pagi... hari nih bangun awal sikit sebab nak pergi amik mak mentua kat Larkin, Mama mintak tolong mak datang jaga cucu kejap.. maka Abah pun bersiap la diri dan anak-anaknya sebab pukul 9 mungkin mak sampai kat Terminal Larkin..

0930hrs - Abah selamat ambil mak kat Terminal Larkin dan terus hantar kat rumah, Sementara mak ada kat rumah nih, bolehla Abah temankan mama selalu..

1400hrs - Abah drive pergi Hospital sebab petang nih doktor pakar nak buat OGDS.. Abah pun tak pasti apa nama penuh OGDS nih, tapi mungkin ianya singkatan dari (oesophago-gastric-duodeno-scopy) maknanya doktor akan masukkan wayar berkamera ke dalam perut mama melalui mulut.. ermm.. lebih kurang sejam lepas buat OGDS tuh, doktor kasi kat Mama CD dan gambar yang doktor buat pemeriksaan tadi.. tapi almaklumlah, kami bukan doktor, macam-macam pendapat yang kami buat bila tengok gambar tuh... padahal takda apa-apa pun ( doktor bagitau penjelasan tentang gambar tuh kemudian...ehehhe )

1800hrs - Doktor melawat mama dan bagitau yang OGDS tu result dia ok... untuk nak tahu jugak punca sebenar sakit perut Mama tuh, doktor nak buat CT Scan kat Mama esoknya... pulakk!!!



*gambaran Abah la pasal bendealah CT Scan tuh

..... Bersambung lagi...

Mama Masuk Pakar Puteri.. (Siri 2)

Ermm... kat mana berenti hari tu erk? Haa..

SELASA 23 FEBRUARI

Kami bercadang nak pegi Hospital lepas maghrib la kan.. bukan apa, senang sikit.. lagipun nak bawak budak kecik time maghrib2 nih tak elok kan.. Lepas maghrib, kami bertolak ke Hospital Pakar Puteri. Masa nak buat pendaftaran pemeriksaan kat Kaunter Hospital, Abah terkejut bila staff Hospital bagitau yang hosp penuh.. katil ada satu ja kosong, itu pun kena tengok samada makcik yang tengah buat pemeriksaan kat Kecemasan tu kena masuk wad atau tak.. Perghh.. Abah try tanya katil kat Hospital Pakar Johor, jawapan sama macam kat sini.. KATIL PENUH...

Abah cuba tanya penyelesaian, Staff kat sana cakap, paling tidak pun dia boleh bagi ubat tahan sakit dulu, pastu balik rumah.. kalau ada katil kosong nanti dia bagitau..

"Erm.. Apa kata kita tunggu dulu sampai makcik kat dalam Kecemasan tu tau result dia, kalau dia masuk wad, kita baliklah, kalau dia tak masuk, kita boleh amik katil tuh.." Kata Abah

Mungkin nasib menyebelahi kami, makcik tu tak jadi masuk wad.. (tima kacih ya makcik.. hehehe)... apalagi, Mama pun kena usung masuk Kecemasan untuk pemeriksaan lanjut... Lebih setengah jam menunggu (sambil abah pergi daftar wad..) Abah tengok mama kena usung ke bilik x-ray, erm?? sekarang dah pukul 10 malam.. lebih kurang setengah jam kemudian, Mama dibawa ke bilik 315, Kondisi Mama pun stabil lagi setakat nih, cuma doktor tak boleh nak detect samada gastrik atau bukan.. esok doktor pakar akan buat "skop"....

Erm.. Abah bukan taknak tunggu tapi sekarang dah pukul 11 malam, kesian kat Hakim ngan Tisya mengantuk.. sebelum balik, Abah suruh Hakim minum susu kenyang2.. hehehe.. taktik nak bagi tido lena.. sebab malam nih Abah kena jaga Hakim ngan Tisya...

.... Bersambung....


Mama Masuk Pakar Puteri...

Assalamualaikum...

Lepas bersalin Hakim, Mama selalu mengadu yang dia sakit kat bahagian dalam perut. Mulanya kami ingatkan sakit biasa lepas bersalin, tapi sampai sekarang (lebih kurang 3 bulan lebih) Mama masih lagi mengadu yang dia rasa sakit kat dalam perut.

Mulanya, Mama ingatkan kena gastrik, maklumlah, bila rasa lapar sikit, sakit tu datang.. lagipun Mama memang ada gastrik sikit-sikit. Tapi seminggu nih, sakit Mama main menjadi-jadi, sampaikan Mama rasa sesak nafas.. bukan tu aja, simptom2 lain yang mama rasa macam :

-Loya
-Sakit pada bahagian atas perut
-Pening kepala
-Cirit Birit (sikit-sikit ja..)

Aihhh?? takkan gastrik ada tanda-tanda macam nih kot? Walaupun Abah bukan Pegawai Perubatan, tapi kalau fikirkan logik pun memang gastrik takda macam tuh.. Kitorang dah cuak dah.. heheheh.. Maka bermula la episod rawatan Mama....

ISNIN, 22 FEBRUARI,

2205hrs - Mama mengadu sesak nafas dengan sakit perut.. nampak cam serius jer.. (ini serius... kata wonderpet), sampai terguling takleh bangun. Abah pun ajak Mama pergi klinik Faizal kat Bandar Baru Uda nih.. Doktor kata mungkin Gastrik.. (lega skit rasanya) dan Mama dibekalkan ubat gastrik, tahan muntah, dan ubat buang angin (sebab doktor kata pening kepala sebab angin banyak dalam perut..).. Apalagi, balik rumah, Mama kena paksa ngan Abah makan ubat, dengan harapan kuranglah sikit sakit tuh..

0130hrs - Mama mengadu lapar, (ehhehe).. terpaksalah Abah teman makan sekali walaupun dah kenyang.. Tapi Mama bagitau yang sakit ta hilang lagi.. "...takpa, tido dulu, kejap lagi hilanglah sakit tuh.." kata Abah dengan manja.. (wahahahaha)... Mama pun termakan pujuk rayu lalu tertido.. ermmm??? pelik jugak nih.. sakit apa nih?


SELASA, 23 FEBRUARI

10.00hrs - Sakit Mama tak hilang lagi, malahan tak berkurang pun.. Risau la plak, jadi kami amik keputusan pergi klinik lain pula, Apalagi.... jommm!! kali nih kitorang pegi klinik Mustakizah plak.. lepas doktor dah check, dia pun tak berani nak komen apa sebab dah bagi ubat gastrik tapi takda perubahan.. doktor syorkan Mama ke Hospital Pakar untuk buat pemeriksaan lanjut.. lepas dapat surat untuk rujukan pakar dari doktor.. kami pun balik rumah untuk bersiap.. (alamak.. nampak gayanya, malam nih Hakim ngan Tisya dok tido bawak ketiak Abah la..) huhuhu...



....... bersambung...

Batrisyia Demam Lagi...





Assalamualaikum w.b.t..

2 Hari tak update blog, bukan apa.. 15 Feb aritu, Tisya kena demam panas, suhu dia tinggi (39C+).. terus kena sawan demam panas..perghh tak sanggup dah tengok kakak demam lagi. Abah ngan Mama dah usaha jugak tak bagi suhu demam Tisya naik tapi tak terdaya.. AbahTisya pun terus hantar Tisya ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru lebih kurang jam 11 malam akibat "febrile fits".

Apa tu sawan demam panas? baca kat bawah nih...



Apa itu Sawan Demam atau Febrile Fits?

Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Diagnosis sawan demam diberi sekiranya tiada bukti bahawa terdapat masalah di dalam otak ataupun masalah metabolik di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah sawan berlaku.

Secara mudah, ini bermakna, sawan demam didiagnos apabila masalah-masalah di dalam otak seperti jangkitan atau masalah di darah seperti kekurangan garam tertentu telah diambil kira.

Sekiranya sawan berlaku sebelum umur 3 bulan atau berlanjutan selepas 6 tahun, maka ia bukan dikira sawan demam. Apabila demam menjadi terlalu tinggi, ini akan mengganggu aktiviti otak dan menyebabkan sawan berlaku. Sawan bermaksud keadaan di mana kanak-kanak itu akan tidak sedarkan diri, mengalami kekejangan badan dan kaki, mata hitam akan memandang ke atas (uprolling of eyeballs) , air liur meleleh (drooling of saliva), dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.

Jenis Sawan Demam

Terdapat dua jenis sawan demam. Saya terjemahkan sebagai Sawan Demam Biasa (Simple Febrile Fits) dan Sawan Demam Kompleks (Complex Febrile Fits).

Sawan demam biasa adalah singkat, hanya satu episod sawan sahaja setiap kali demam dan terjadi kurang daripada 15 minit. Manakala Sawan Demam kompleks adalah berpanjangan, lebih daripada 15 minit dan terjadi berulang-ulang di dalam satu episod demam.




hahaha,... taknak cita panjang kat sini.. kalau ader ibubapa yang nak tau lanjut pasal sawan demam panas nih, bolehla tengok kat blog nih.. (rekemen sikit)..



Kesian tengok tisya.. kat sini ader sikit gambar kenangan (harap tak berulang lagi) Tisya kat Hospital.. Terima kasih kat sumer warga kerja Hospital Pakar Puteri, terutama staff wad paediatric sebab bagi katil besar kat kitorang... leh la abahTisya "landing" sekali... hahaha

Tido time... krohhh...krohh...krohhh


Makan Malam Tisya.. emmm sapa pilih menu nih abah? Tisya suka nihh


Aktiviti Seterusnya.. Tido.. sebab perut kenyang



Tinggikan sikit la katil nih.. rasa cam tak selesa la


Ala.. camner leh kantoi nih... camna tau tisya "adjust" katil tu


Adik nak tumpang tido dulu la kakak.. boleh tak..


Boring kat bilik, jom kita jalan-jalan dulu abah.. abah!! abah!!


Posing.. posing.. jangan tak posing


Hakim dah pandai senyum tau Abah.. Mama

Assalamualaikum w.b.t.

Lama rasanya tak mengupdate blog nih.. blog pun dah macam tongkang pecah dah.. Apapun sebab kenapa kitorang tak update blog sebab Batrisyia baru jer keluar dari Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.. sebab apa? sebab dia kena sawan demam panas.. cian tatak.. nanti ada masa AbahTisya masukkan gambar kakak erhh...

Harini AbahTisya bangun pagi pastu amik Hakim bawak keluar ke ruang tamu.. Bosan dok sorang-sorang.. AbahTisya pun agah la Hakim nih.. tengok-tengok dia senyum... apalagi, berlari la Abahtisya pergi amik kamera.. hahahha... genap umur 3 bulan dah Hakim, terus boleh senyum bila orang tegur.. siap gelak2 lagi.. jom kita tengok..





Tisya punya cerita lagi....

Assalamualaikum....

Hari nih 14 Februari.. banyak benda yang terjadi hari nih.. biasalah, yang pertama dah tentu hari nih Valentine Day's kan? yang kedua plak, Tahun Baru Cina pun jatuh hari nih jugak.... yang ketiga, adik ipar bertunang hari nih jugak... ok.. lupakan hal tu kejap..

Hari nih AbahTisya ada upload video baru Tisya.. Hakim? biasalah,, titon saja kerjanya.. Semalam pun kitorang berjaga-jaga sebab Tisya selesema, bukan pa.. takut dia demam ja.. Tisya nih jenis lemah semangat sikit..

Hahaha... hari nie dok kemas rumah sikit-sikit, terjumpa plak mainan buih dia.. jadi.. apalagi.. main sakan la dia.. jom kita tengok...





Emm... cerita lain takde la.. cuma cam biasa, walaupun ada Astro, tapi kitorang tak leh tengok tv jugak sebab TV dimonopoli oleh Tisya.. hahha biasalah dia dengan Hi-5 dia tuh.. kat sini jugak AbahTisya ada rakam aksi Tisya gelek..





Hakim Nangis? Kenapa Akimmm...?

Hi, jumpa lagi.. kali ni AbahTisya nak upload video Hakim tengah nangis.. gelak bukan apa sebab Hakim nangis terketar-ketar suara dia masa nih Hakim nak susu, tapi lambat sikit angkat.. pa lagi, mengamuk la.. tengok video kat bawah nih





Mana Datang 8k nih????

Assalamualaikum.. hari nih takde nak cerita pasal karenah anak-anak tapi ader bende yang mengejutkan kami sekeluarga.. heheh.. baru tengahari tadi AbahTisya dapat bil letrik dari staff TNB... nak tau jumlah bulan nih? Tengok Gambar bawah..

bil letrik


Mana pulak datangnya 8 ribu tuh? bulanan tertunggak pun... bulan nih punya charge 64 ringgit jer... Jadi terpaksala AbahTisya pegi pejabat TNB esok untuk penjelasan.

Mungkin daripada tuan rumah nih dulu kot... aiyaaaa..... peninnnnnn.. ok lah .. nak tido dah .. terkejut dapat bil 8 ribu... ekekekek

Hakim Makin Selesa...

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah, hari nih Hakim makin selesa nampak gayanya. Takda langsung kembung perut dia hari nih.. dia pun tak merengek dah.. kerja dia macam biasa... minum susu, tido, buang air.. hahaha.. biasalah baby katakan... Hari nih jugak AbahTisya amik gambar Hakim yang tengah senyum sorang-sorang tuh.. Akhirnya ada jugak gambar Hakim buka mata.. selalunya dapat amik gambar time tido jer..

hakim buka mata3



hakim buka mata2

Gambar kakak ngan adik masa pergi KL

Hai... minggu lepas kan Tisya dan Hakim pegi KL.. jadi, kat sini ada la sikit gambar buat tatapan terutama buat Tok Ma ngan Ucu kat kampung tuh...

kakak kat hentian seremban 2
Posing baik-baik kakak, Abah amik gambar nih....

kakak kat hentian seremban 1
Kejap Abah.. Letih la, asyik bergambar jer..

kakak kat hentian seremban 4
Nak Turun Ke Taknak nih... takut la plak

kakak kat hentian seremban 5
S.E.. se.. R.E.M.. rem.. macam mana nak eja nih?


Mama ngan Hakim kat Times Square 1
MamaTisya sempat lagi bergambar ngan adik

kakak kat times square 3
Besarnya Doraemon nih.. ingatkan Giant jer yang besar

hakim tido lena
Hakim? ni jer la kerja dia.....

Sarapan Pagi Tisya

Selamat Tengahari semua....

Nak tahu tak pagi tadi Tisya makan apa? hehe.. tengok la sendri

roti moooo


tisya makan


Amacam? tak terliur ker? Biasalah.. budak kecik memang suka makanan kena hias... Ok Kat sini jugak ader tutorial camner nak buat roti moo tuh.. AbahTisya pun tengok buku jugak masa buat tu.. hahaha credit to Majalah Pa&Ma Bil.110..

Tengok dan belajar erkk...


buat roti moo


Walaupun AbahTisya buat roti tu tak secantik yang dalam gambar, Tisya tetap habiskan jugak.. mula-mula dia makan telinga, pastu, jambul, pastu pipi lembu tuh... hahahaha

Oklah jumpa lagi nanti..

Hakim Kembung Perut [Kolik]

Assalamualaikum ... Perghhh.... dah 2 minggu lebih Hakim balik Johor dari kampung, dia asyik kembung perut jer..Hari-hari plak tuh... pening kepala kami dibuatnya. Tapi 2 hari yang lepas, memang yang paling kritikal la. Teka punya teka, last-last amik keputusan bawak Hakim pergi klinik..

Doktor yang check Hakim bagitau yang Hakim nih alahan pada susu. Rupan-rupanya.. Alahaiiii...Doktor syorkan Hakim minum susu Soya. Kitorang pun apalagi, pergilah beli susu yang doktor cakap tuh... Isomil nama dia...




Hari nih tengok perkembangan Hakim ok la sikit... cuba tengok gambar kat bawah tuh... kemain lena lagi dia.. Alhamdulillah...

Photobucket

Fun With Hi-5

Emm.. malam nih tak tau nak buat apa.. jadi ader la sikit benda nak kongsi dengan semua. Malam nie jugak AbahTisya dah download video Hi-5 dari internet.. Fuhh... 12 episod tuh... mau makan 2-3 hari jugak baru abis torrent.. Haha.. berkaitan dengan Hi-5 nih... ader la beberapa perkara menarik untuk dikongsi bersama... Si Kakak nih memang peminat Hi-5 la... tak kira bangun pagi ka, tengahari ka, petang ka, malam ka... Hi-5 ja yang dia nak tengok, sampai kitorang tak leh tengok TV dah.. tapi takpa, syok jugak kengkadang tengok dia joget sorang-sorang tiru gaya penari dalam Hi-5 tuh..

Kat sini jugak AbahTisya nak kongsi sikit lagu-lagu yang Tisya suka sangat kat Hi-5 tu.. pastu ader jugak candid video yang sempat AbahTisya rakam senyap-senyap masa dia dok berjoget tengok Hi-5.. heheh..



Video Candid Tisya dok joget..








Video Harijadi Batrisyia..

Happy Birthday Batrisyia


Fuhh..... semalam 6 haribulan Februari... maka genaplah umur anak sulung kami 2 tahun... Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun nih, pelbagai ragam telah kitorang tempuhi... ni ader sikit gambar masa birthday tuh...



Kek Birthday Tisya

tisya1

tisya3

Photobucket

Jom Kenal-kenal

Hi... Saya Batrisyia tisyaframe Hi... Saya Hakim hakimframe

Kategori

Jeritt..!!!!!

Iklan..iklan

Followers

AbahTisya on YM